Thursday, November 5, 2009

Pokok


Sebagai manusia normal, kalau menanam sudah pasti menginginkan pokok yang ditanam subur dan berkembang. Namun, hasrat dan keinginan semata-mata tidak memadai. Ia harus disiram dan dibajai. Alangkah gembira si penanam bila melihat pokok yang ditanam semakin subur, berkembang, mengeluarkan dahan-dahan yang besar dan subur, disertai pula dengan ranting-ranting dan dedaun yang segar...belum buah lagi tuh!! Kalau berbuah, makin seronok la si penanam ni.

Namun, kita selalu terlupa dan terleka, dek kesibukan kerja dan keluarga..., terlupa untuk melihat dan menjaga pokok yang ditanam. Maka, adakalanya pokok yang ditanam cuma ada beberapa ranting yang kecil dan kering atau tinggal cuma batang saja, kurus dan melidi...daun pun cuma beberapa helai sahaja. Ehhh..kesiannya.

Tapi, selagi jasad dikandung badan, masih belum terlewat untuk berusaha menyuburkan pokok-pokok yang ditanam. Masih boleh disirami dan dibajai untuk memastikan ianya tumbuh subur yang menghasilkan dahan-dahan dan ranting-ranting serta dedaun yang pasti memberi manfaat kepada semua. Si penanam perlu melihat dan adakalanya perlu bertanya dan berbincang dengan penanam yang lain cara dan kaedah yang sesuai untuk memastikan pokok yang ditanam akhirnya 'menjadi'. Tak salah mengambil pengalaman orang lain untuk kebaikan diri sendiri.


Pokok walaupun tiada buah masih banyak manfaatnya. Dahan dan ranting serta dedaun berguna meredupkan suasana dan menjaga persekitaran agar sentiasa segar dan nyaman. Daun yang telah lama usianya, mungkin akan berguguran ditanah, tapi masih ada manfaatnya buat pokok itu sendiri. Daun akan mereput dan bertindak sebagai baja kepada pokok demi melahirkan dahan, ranting dan daun yang baru. Buah pula adalah sebagai bonus bagi sipenanam.

Oleh itu, kita perlu selalu melihat pokok-pokok kita...



1 comment:

  1. mcm terasa pulak.ada beli pokok.tapi x terjaga.dh nk mati dah..hahahaha

    ReplyDelete