Thursday, November 5, 2009

Pokok


Sebagai manusia normal, kalau menanam sudah pasti menginginkan pokok yang ditanam subur dan berkembang. Namun, hasrat dan keinginan semata-mata tidak memadai. Ia harus disiram dan dibajai. Alangkah gembira si penanam bila melihat pokok yang ditanam semakin subur, berkembang, mengeluarkan dahan-dahan yang besar dan subur, disertai pula dengan ranting-ranting dan dedaun yang segar...belum buah lagi tuh!! Kalau berbuah, makin seronok la si penanam ni.

Namun, kita selalu terlupa dan terleka, dek kesibukan kerja dan keluarga..., terlupa untuk melihat dan menjaga pokok yang ditanam. Maka, adakalanya pokok yang ditanam cuma ada beberapa ranting yang kecil dan kering atau tinggal cuma batang saja, kurus dan melidi...daun pun cuma beberapa helai sahaja. Ehhh..kesiannya.

Tapi, selagi jasad dikandung badan, masih belum terlewat untuk berusaha menyuburkan pokok-pokok yang ditanam. Masih boleh disirami dan dibajai untuk memastikan ianya tumbuh subur yang menghasilkan dahan-dahan dan ranting-ranting serta dedaun yang pasti memberi manfaat kepada semua. Si penanam perlu melihat dan adakalanya perlu bertanya dan berbincang dengan penanam yang lain cara dan kaedah yang sesuai untuk memastikan pokok yang ditanam akhirnya 'menjadi'. Tak salah mengambil pengalaman orang lain untuk kebaikan diri sendiri.


Pokok walaupun tiada buah masih banyak manfaatnya. Dahan dan ranting serta dedaun berguna meredupkan suasana dan menjaga persekitaran agar sentiasa segar dan nyaman. Daun yang telah lama usianya, mungkin akan berguguran ditanah, tapi masih ada manfaatnya buat pokok itu sendiri. Daun akan mereput dan bertindak sebagai baja kepada pokok demi melahirkan dahan, ranting dan daun yang baru. Buah pula adalah sebagai bonus bagi sipenanam.

Oleh itu, kita perlu selalu melihat pokok-pokok kita...



Thursday, October 29, 2009

Hargai nikmat Allah.

Alangkah ruginya manusia yang hanya menyedari makanan dan harta benda semata-mata sebagai NIKMAT Allah. Sedangkan ia lupa mata dan penglihatan juga adalah nikmat Allah, telinga dan pendengaran adalah nikmat Allah, udara disekitarnya adalah nikmat Allah, kasih sayang sesama manusia juga adalah nikmat Allah...Namun, NIKMAT yang paling utama adalah IMAN dan ISLAM. Allah telah meletakkan dirinya dalam kelompok manusia yang mengimani ALlah Rabbul Jalil. Maka syukurilah NIKMAT ini...


Kemudian, manusia sering terlupa bahawa nikmat Allah terlalu besar hingga Ia menangguhkan azabnya sehingga hari kiamat. Lihatlah apa yang yang terjadi kepada kaum Aad yang ditimpa azab lantaran kebongkakannya terhadap Allah, kaum Pompeii yang lalai, begitu juga dengan Firaun dan pengikut-pengikutnya. Betapa Allah memberi kita peluang untuk bertaubat sebelum nyawa dipisahkan dari jasad. Ini juga adalah NIKMAT Allah yang tidak ternilai harganya. Maka syukuri NIKMAT ini...



Bagaimana pula dengan peringatan-peringatan yang diberikan kepada kita? Sedarkah kita segala musibah, kesusahan, kesakitan, kesukaran samada yang dilalui sendiri atau melihat dan berkongsi derita dan sengsara dengan orang lain juga adalah NIKMAT Allah. Alangkah malangnya hidup ini jika Allah tidak meletakkan sebarang peringatan buat diri kita. Secara-tiba kita pergi mengadapNya dengan tangan yang kosong. Maka syukurilah NIKMAT peringatan-peringatan ini...

Wednesday, October 28, 2009

Andainya hidup ini sempit buatmu...


Kadang kala hidup ini terasa sempit buat kita. Namun , lihatlah ciptaanNya..betapa bumi ini terlalu luas untuk kita merasa kecewa, dongakkan muka keatas, betapa langit juga amat luas buat kita. Perlukah kita terus berduka??

Lupakan kesedihan kerana hidup ini terlalu singkat untuk kita meratapi nasib kita. Berusahalah...dan teruskan melangkah kerana kehidupan adalah sebuah perjuangan.

Saturday, May 16, 2009

HARI IBU

Tiada apa yang lebih membangga bagi seorang ibu selain penghargaan dari anak2. Apatah lagi, Hari Ibu diraikan bersama2 dengan anak cucu tercinta. Bagi mereka yang masih mempunyai ibu, jangan lupa untuk menyatakan kasih sayang, cinta buat ibu tersayang...dan jangan lupa menjenguk mereka. Diusia senja, ibu kesunyian...tanpa gelak tawa dan gurau senda anak2...Jangan biarkan ibu ternanti...menghitung hari menanti kepulangan anak2, yang semakin hari semakin sibuk dengan urusan dunia.

Terima kasih ibu kerana membawaku kedunia dan mengajarku erti sebuah sehidupan.

Thursday, April 30, 2009

ANAK SOLEH

(Sajak ini adalah nukilan anakandaku Akmal yang dihantar kepada guru kelas sempena Minggu Bahasa)
(Dapat no. 2)

Anak soleh

Penyejuk mata
Penawar hati

Anak soleh
Hidupmu tetap bahagia
Hidupmu akan disayangi guru-guru
Ibubapa dan kawan-kawan

Anak soleh
Bilamu pergi ke alam barzah
hanya tiga saja perkara
yang kamu bawa ke sana
Yang pertama
Anak soleh
Yang kedua
amal ma'ruf
Yang ketiga
ilmu ayng bermanfaat

Ingatlah wahai anak soleh
Kekalkan sikap solehmu

AKMAL

MUSAFIR KEHIDUPAN

Malam ini teman2 seperjuangan ku @ adik2ku memulakan satu lagi perjalanan...mengutip permata-permata kehidupan yang akan menjadi bekal dalam kehidupan. Alangkah beruntungnya mereka2 yang dipilih Allah swt dalam perjalanan ini. Doaku mengiringi perjalanan kalian. Semangat...semangat...ia pasti akan mematangkan diri kalian.


ALangkah beruntungnya sang musafir yang membawa bekalan bagi sebuah PERJALANAN yang sukar dan berliku. Namun, lebih beruntung mereka yang menyediakan bekalan untuk KEHIDUPAN yang kekal, yang tiada penghujungnya...

Wednesday, April 29, 2009

PEMBUKA BICARA

Assalamualaikum,

Catatan kehidupan ini adalah untuk renungan...saban hari insan meluncuri perjalanan kehidupan, menghirup udara, mengecapi sinaran mentari, sejauh manakah kusyukuri kehidupan ini??? Sekali sekala Dia menguji dengan kesusahan dan kesukaran, kesedihan, kerisauan, serta kekecewaaan. Namun, kehidupan bukan untuk satu satu kegagalan. Bahkan ia adalah detik kemenangan. Kerana setiap kesusahan akan diiringi dengan kelapangan, kesukaran diiringi kemudahan, kesedihan diiringi kegembiraan...tidak layak hambaNya berputus asa kerana rahmat limpah kurniaNya terlalu banyak untuk dihimpun menjadi bekalan pengalaman kehidupan. Renungi diri...